1001 Pelajaran daripada Kisah Nabi Yusuf

RM80.00

Terlalu banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah para Nabi dan Rasul yang diceritakan dalam al-Quran, sehingga al-Quran itu dinobat dan diiktiraf sebagai sebuah kitab yang terunggul, dan paling berpengaruh sepanjang zaman.

Description

Fadilat Al-Shaykh ‘Abd Al-Rahman Ibn Nasir Al-Sa’Di

Terlalu banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah para Nabi dan Rasul yang diceritakan dalam al-Quran, sehingga al-Quran itu dinobat dan diiktiraf sebagai sebuah kitab yang terunggul, dan paling berpengaruh sepanjang zaman. Firman Allah: Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang memberi iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran – Surah Yusuf (12/111). Kisah Nabi Yusuf dikhususkan oleh Allah di dalam satu ayat yang lain: Di dalam kisah Yusuf dan adik-beradiknya itu terkandung beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya – Surah Yusuf (12/7). Hal ini kerana di dalamnya terdapat perubahan daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain, daripada satu ujian kepada satu ujian yang lain, daripada satu ujian kepada satu pemberian dan kurniaan, daripada satu kehinaan dan perhambaan kepada kemuliaan dan kekuasaan, daripada perpisahan dan perpecahan kepada kesatuan serta tercapainya tujuan, daripada kesedihan dan gundah-gulana kepada keseronokan dan kegembiraan, daripada kemewahan kepada kering-kontang, daripada kering-kontang kepada kemewahan, dan daripada kesempitan hidup kepada keluasan hidup. Demikianlah rentak perjalanan surah ini. Terdapat pelbagai lagi faedah yang terkandung di dalam kisah yang agung ini. Maha suci Zat yang menceritakannya, menerangkannya serta menjelaskannya.

Additional information

Weight 0.41 kg
Format

Color

Total page

Publisher

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “1001 Pelajaran daripada Kisah Nabi Yusuf”

Your email address will not be published. Required fields are marked *