Sale!

Bahagianya Apabila Solatmu Diterima Allah

RM22.00 RM18.00

Buku ini memiliki keistimewaan tersendiri sebagai buku panduan solat yang ringkas namun padat, mudah, praktikal, serta lengkap dengan rajah, ilustrasi, serta gambar langkah demi langkah. Kandungannya ringkas kerana buku ini hanya membincangkan perkara-perkara yang penting sahaja. Ini menjadi mudah kerana bahasanya ringkas dan juga praktikal kerana disampaikan langkah demi langkah bermula daripada membasuh kedua tangan ketika berwuduk sehingga memberi salam.

Description

Fahrur Muis

Muhammad Suhadi

Solat adalah topik yang tidak pernah habis ditulis dan dibincangkan. Setiap kali kita membaca berkenaannya, pasti hadir rasa kekurangan dalam solat yang dikerjakan selama ini. Walaupun sejak kecil kita sudah belajar dan hafal semua bacaan dan gerakannya, perasaan kurang yakin itu tetap ada dalam hati. Ada waktunya kita tidak khusyuk mengerjakan solat. Kita tidak fokus dan kurang faham maksud semua bacaan, malah gerakan solat kita juga tidak sempurna, sehingga secara umumnya kita berasa seluruh aspek perlaksanaannya kurang sempurna. Ini alasan utama mengapa ilmu solat perlu sentiasa dicari, dipelajari, dan dihayati oleh setiap orang Islam.

Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan, solat adalah tiang agama dan juga amalan pertama yang akan diperiksa di akhirat kelak. Sekiranya solat seseorang itu baik, sesungguhnya dia berjaya dan beruntung. Namun, sekiranya solatnya buruk, dia termasuk golongan yang gagal dan rugi.

Buku ini memiliki keistimewaan tersendiri sebagai buku panduan solat yang ringkas namun padat, mudah, praktikal, serta lengkap dengan rajah, ilustrasi, serta gambar langkah demi langkah. Kandungannya ringkas kerana buku ini hanya membincangkan perkara-perkara yang penting sahaja. Ini menjadi mudah kerana bahasanya ringkas dan juga praktikal kerana disampaikan langkah demi langkah bermula daripada membasuh kedua tangan ketika berwuduk sehingga memberi salam.

Buku ini lengkap kerana merangkumi semua isu dalam solat, iaitu tata cara, makna, kelebihan, kesalahan umum, tip-tip, perbezaan antara imam, makmum, dan individu yang solat bersendirian serta hal-hal yang lain. Selain itu, turut dimuatkan imej, gambar rajah, serta ilustrasi bagi menyokong kandungan buku. Semua hadith dalam buku ini kami pilih dengan teliti, iaitu hanya hadith yang sahih dan benar disahkan oleh pakar-pakar hadith.Semoga buku ini dapat memudahkan umat Islam dalam mempelajari dan mendirikan solat yang sempurna seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Semoga tulisan ini berfaedah untuk kita semua serta usaha penulis ini diterima oleh Allah s.w.t. Akhir kata dan sekali lagi, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

REVIEW

Pernahkah kita berasakan bahawa solat kita tidak cukup sempurna pada pandangan Tuhan? Solat lima waktu merupakan rukun Islam yang kedua.

Solat juga adalah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Setiap individu pasti mempunyai masalah dalam mengerjakan solat seperti tidak khusyuk, tidak memahami bacaan dalam solat, dan tidak yakin dengan pergerakan sewaktu solat. Masalah-masalah seperti ini perlu diselesaikan dengan mempelajari semula aspek-aspek dalam mendirikan solat yang sempurna.

Buku yang berjudul Bahagianya apabila Solatmu Diterima Allah hasil karya Fahrur Muis dan Muhammad Suhadi sudah pasti dapat membantu setiap individu untuk dijadikan panduan solat. Buku ini mempunyai kelebihannya tersendiri kerana merangkumi semua isu dalam solat.

Ia dapat menjelaskan kepada pembaca tentang tatacara, makna, kelebihan, kesalahan umum, imam dan makmum, dan pelbagai lagi hal-hal yang berkaitan dengan solat. Ia bukan sahaja menjelaskan tentang solat fardhu, tetapi juga solat sunat seperti solat istikharah, solat dhuha, solat hajat serta solat yang lain.

Tambahan lagi, buku ini dicetak 100% berwarna dan mengandungi gambar rajah bagi membantu individu untuk mendapat kefahaman yang lebih jelas tentang solat. Ia juga lengkap dengan teks arab. Isi kandungan daripada buku ini dapat membimbing individu untuk melakukan solat yang lebih sempurna.

ISI KANDUNGAN

Bab 1: SOLAT ANUGERAH TERINDAH

Makna Solat
Solat adalah Ibadah Sepanjang Masa
Erti Mendirikan Solat
Mengapa Perlu Solat?
Keistimewaan Solat
Keutamaan Solat
Rahsia Solat
Hukum Meninggalkan Solat
Khusyuk dalam Solat
Cara Khusyuk dalam Solat
Teknik Melatih Anak Rajin Solat
Anjuran Solat Berjemaah
Kelebihan Solat Berjemaah
Faedah dan Kebaikan Solat Berjemaah
Situasi yang Membolehkan Tidak Solat Berjemaah
Etika di Masjid
Di Mana Kita Boleh Bersolat?

Bab 2: PERSIAPAN SEBELUM SOLAT

Bersuci
Keutamaan Wuduk
Fardu dan Sunat Wuduk
Perkara Makruh ketika Wuduk
Perkara yang Membatalkan Wuduk
Cara Berwuduk Langkah Demi Langkah
Mengusap Khuf atau Kasut
Tayamum
Menutup Aurat
Azan dan Iqamat

Bab 3: CARA MENGERJAKAN SOLAT

Waktu-Waktu Solat
Jadual Waktu Solat Fardu
Waktu-Waktu Dilarang Solat dan Pengecualiannya
Syarat dan Rukun Solat
Jadual Rukun, Wajib, dan Sunat Solat
Cara Solat Menurut Amalan Nabi
Zikir Selepas Salam
Perkara Makruh dalam Solat
Perkara yang Dibenarkan dalam Solat
Perkara yang Membatalkan Solat
Bacaan Nabi Muhammad dalam Solat
Doa Qunut dalam Solat
Imam dan Makmum
Meluruskan Barisan Sebelum Solat
Mengikuti Imam
Kedudukan Imam dan Makmum
Mengqada Solat

Bab 4: SOLAT-SOLAT LAIN

Solat Jumaat
Syarat-Syarat Solat Jumaat
Keutamaan Hari Jumaat
Aktiviti Sebelum Solat Jumaat, Sebelum Khutbah, dan Ketika Khutbah
Ukuran Mendapat Solat Jumaat
Solat Orang yang Uzur
Solat bagi Orang Sakit
Solat Khauf
Solat-Solat Sunat
Keutamaan Solat Sunat
Klasifikasi Solat Sunat
Solat Sunat Rawatib
Dua Rakaat Sebelum Subuh
Solat Sunat Rawatib Ghairu Muakkadah
Solat Sunat Ghairu Rawatib

Bab 5: JENIS-JENIS SUJUD

Sujud Solat Fardu dan Solat Sunat
Sujud Sahwi Sujud Tilawah
Sujud Syukur

Additional information

Weight 0.26 kg
Format

Size

ISBN-13

978-967-0142-29-6

Date published

Total page

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bahagianya Apabila Solatmu Diterima Allah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *