The Definitive Book of Body Language (Edisi Kemas Kini)

RM33.00

“Kemahiran memahami situasi yang sedang berlaku dalam diri seseorang sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ia adalah ringkas.” – Allan Pease

Description

Allan & Barbara Pease

Senyuman yang terukir di bibir seseorang mungkin sahaja membawa maksud kegembiraan, namun tidak mustahil juga senyuman itu memiliki maksud yang tersirat. Bagaimana pula dengan individu yang bercakap sambil memeluk tubuhnya? Adakah dia sedang menyembunyikan sesuatu?

Tahukah pembaca, sebenarnya 50% – 70% daripada komunikasi yang terjalin datangnya datangnya daripada bahasa badan, bukannya daripada kata-kata yang diucapkan? Sayangnya masih sedikit dalam kalangan kita yang menyedari betapa gerakan fizikal sebenarnya menyampaikan mesej yang tersirat.

Menerusi buku The Definitive Book of Body Language (Edisi Kemas Kini), pembaca berpeluang mempelajari:

Bagaimana tapak tangan dan jabat tangan mampu mengawal seseorang.

Isyarat bahasa badan Si Penipu

Isyarat rahsia menerusi rokok, kaca mata, dan solekan wajah

Magik di sebalik senyuman wanita

Penuh dengan fakta-fakta menarik, diselang-selikan dengan humor serta strategi yang boleh diamalkan, ternyata buku ini bukan sahaja mampu mengukuhkan skil komunikasi pembaca, malah memahami individu lain serta diri sendiri.

================================================================================================================

ISI KANDUNGAN

Pengantar Penterjemah
Pengiktirafan

Pengenalan

Memahami Asas Bahasa Badan

Kuasa di Tangan Kita

Keajaiban dalam Senyuman dan Ketawa

Isyarat Lengan

Perbezaan Budaya

Gaya Tangan dan Ibu Jari

Penilaian dan Isyarat Penipuan

Isyarat Mata

Penceroboh Ruang

Bagaimana Sepasang Kaki Mendedahkan Apa yang Minda Kita Mahu Lakukan

13 Gaya Paling Biasa Kita Lihat Setiap Hari

Memimik Gaya: Bagaimana Kita Membina Hubungan

Rahsia di Sebalik Isyarat Rokok, Cermin Mata, dan Solekan

Bagaimana Tubuh Badan Menunjukkan ke Mana Minda Mahu Pergi

Pemilikan, Wilayah, dan Isyarat Ketinggian

Penyusunan Tempat Duduk – Di Mana Kita akan Duduk dan Mengapa

Temu Duga, Permainan Kuasa, dan Politik Pejabat

Menghimpunkan Semuanya Bersama

=======================================================================================

ULASAN

Bahasa Badan salah satu pengetahuan yang perlu setiap orang ambil tahu jika anda adalah seorang pemimpin. Dengan mengetahui bahasa badan seseorang, kita boleh ‘tackle’ orang dengan mudah, dan kita akan selangkah lebih cepat dari orang lain.

Anda boleh tahu apa yang patut anda lakukan seterusnya dengan hanya berjabat tangan. Anda boleh membuat banyak andaian tentang seseorang dengan hanya berjabat tangan dengan mereka. Sesetengah pakar bahasa tubuh percaya, berjabat tangan adalah cara pertama untuk memeriksa sama ada orang dihadapan kita itu mempunyai pisau yang menyembunyikan lengannya.

Additional information

Weight 0.564 kg
Format

Date published

Total page

Publisher

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “The Definitive Book of Body Language (Edisi Kemas Kini)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *